SEJARAH AWAL KOPI PAK MUD




SEJARAH AWAL KOPI PAK MUD

Perusahaan Serbok Kopi Pak Mud di asaskan oleh Tuan Haji Mahmood bin Awang Besar sejak tahun 1940an lagi. Beliau sebelumnya bekerja di sebuah kilang memproses serbok kopi di Wakaf Bharu sebelum membuka kilangnya sendiri. Kilang yang terletak di sebelah rumah beratapkan daun sagu dan berdidingkan buluh sahaja. ketika ini beliau, isteri dan anak-anak menjadi tulang belakang kepada perusahaan ini. kilang yang terletak di Lot 666, Kg. Alor Pasir, Wakaf Bharu ini menjadi perhatian kerana produk seperti ini jarang dikeluarkan. 

Namun begitu perusahaan tersebut semakin berkembang dan mendapat permintaan yang menggalakkan. Permintaan Serbok Kopi Pak Mud meningkat apabila ia diperkenalkan di luar kawasan Kelantan. Malah, ia menjadi bekal rasmi mereka yang menunaikan Haji di Mekah ketika itu.


Kini, perusahaan ini diteruskan oleh anak-anak dan menantunya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FAKTA TENTANG KAFEIN

MANFAAT KOPI UNTUK KECANTIKAN