Catatan

SEJARAH AWAL KOPI PAK MUD

Imej
SEJARAH AWAL KOPI PAK MUD
Perusahaan Serbok Kopi Pak Mud di asaskan oleh Tuan Haji Mahmood bin Awang Besar sejak tahun 1940an lagi. Beliau sebelumnya bekerja di sebuah kilang memproses serbok kopi di Wakaf Bharu sebelum membuka kilangnya sendiri. Kilang yang terletak di sebelah rumah beratapkan daun sagu dan berdidingkan buluh sahaja. ketika ini beliau, isteri dan anak-anak menjadi tulang belakang kepada perusahaan ini. kilang yang terletak di Lot 666, Kg. Alor Pasir, Wakaf Bharu ini menjadi perhatian kerana produk seperti ini jarang dikeluarkan. 
Namun begitu perusahaan tersebut semakin berkembang dan mendapat permintaan yang menggalakkan. Permintaan Serbok Kopi Pak Mud meningkat apabila ia diperkenalkan di luar kawasan Kelantan. Malah, ia menjadi bekal rasmi mereka yang menunaikan Haji di Mekah ketika itu.

Kini, perusahaan ini diteruskan oleh anak-anak dan menantunya.

FAKTA TENTANG KAFEIN

Imej
FAKTA TENTANG KAFEIN Kopi dan teh mempunyai kafein, namun tidak ramai yang mengetahui tentang kebaikan kafein. Kami senaraikan fakta mengenai kafein supaya anda memahaminya. 1. Kafein adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam lebih 60 tumbuhan berlainan dan digunakan oleh dua pertiga penduduk dunia
2.Bahan ini mampu meningkatkan paras tenaga, yang mana mengoptimumkan persembehan atletik, kapasiti otot dan daya ketahanan. Fakta ini membolehkan anda melakukan senaman lebih efektif untuk jangka masa panjang
3.Kafein mengerah otot menggunakan simpanan lemak dalam badan seperti kereta yang memerlukan petrol. Cara ia memecahkan lemak adalah dengan meningkatkan metabolism badan
4.Individu yang mengambil kafein bekerja lebih baik berbanding yang tidak
5.Kafein meningkatkan paras dopamine dalam otak, menjadikan anda sihat secara optimum
6.Kafein menghasilkan stimulasi pada otak dan bahagian lain yang lebih penting dalam system saraf
7.Ia juga mengandungi antioksidan, yang mana membantu memperbaiki se…

MANFAAT KOPI UNTUK KECANTIKAN

Imej
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, salah satu bahan yang kurang diketahui orang untuk mendapatkan wajah yang cerah, cantik serta berseri adalah kopi. Selain sebagai minuman, kopi turut memberi manfaat kepada kecantikan kulit dan rambut.
Mencerahkan wajah Kandungan antioksida dalam kopi dipercayai dapat mencerahkan kulit yang kusam akibat terdedah dengan sinaran matahari. Anda boleh menjadikan serbuk kopi sebagai skrub muka dengan mengadun tiga sudu kopi bersama tiga sudu garam. Setelah airnya kering, anda boleh menjadikannya sebagai skrub atau topeng muka.
Menghaluskan kulit Kopi juga bermanfaat untuk menjadikan kulit lebih halus, lembut serta jauh daripada masalah kulit kering ataupun kulit kasar. Campurkan tiga hingga empat sudu kopi, dua sudu garam, minyak zaitun atau minyak kelapa, setengah sudu teh gula serta sebuk teh. Gaulkan rata dan gunakan sebagai topeng muka atau lulur sebelum mandi. Untuk hasil maksimum, amalkannya selama dua kali seminggu.
Menghilangkan lingkaran gelap bawah …

Petikan dari Food Regulations 1985

Food Regulations 1985 ialah satu undang-undang subsidiari di bawah Akta Makanan 1983. berikut ialah petikan yang berkait dengan industri serbok kopi.

Part VIII Standards And Particular Labelling Requirements For Food

265 Coffee Bean


Coffee bean shall be the seed of any species of Coffea, either raw or roasted.


266 Coffee Or Ground Coffee Or Coffee Powder








(c) R 266 (2)(c) shall contain not less than 8.5 per cent of fat. -1 R 266 (1) Coffee or ground coffee or coffee powder shall be the pure roasted coffee bean that is ground or otherwise prepared so as to be suitable for making an infusion or decoction. It shall be free from husk and any other substance. -2