SEJARAH AWAL KOPI PAK MUD
SEJARAH AWAL
KOPI PAK MUD
Perusahaan
Serbok Kopi Pak Mud di asaskan oleh Tuan Haji Mahmood bin Awang Besar sejak
tahun 1940an lagi. Beliau sebelumnya bekerja di sebuah kilang memproses serbok
kopi di Wakaf Bharu sebelum membuka kilangnya sendiri. Kilang yang terletak di
sebelah rumah beratapkan daun sagu dan berdidingkan buluh sahaja. ketika ini beliau, isteri dan anak-anak menjadi tulang belakang kepada perusahaan ini. kilang yang terletak di Lot 666, Kg. Alor Pasir, Wakaf Bharu ini menjadi perhatian kerana produk seperti ini jarang dikeluarkan.
Namun
begitu perusahaan tersebut semakin berkembang dan mendapat permintaan yang
menggalakkan. Permintaan Serbok Kopi Pak Mud meningkat apabila ia diperkenalkan
di luar kawasan Kelantan. Malah, ia menjadi bekal rasmi mereka yang menunaikan
Haji di Mekah ketika itu.
Kini,
perusahaan ini diteruskan oleh anak-anak dan menantunya.
Ulasan
Catat Ulasan