FAKTA TENTANG KAFEIN
FAKTA TENTANG KAFEIN
Kopi
dan teh mempunyai kafein, namun tidak ramai yang mengetahui tentang kebaikan
kafein. Kami senaraikan fakta mengenai kafein supaya anda memahaminya.
1.
Kafein
adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam lebih 60 tumbuhan berlainan dan
digunakan oleh dua pertiga penduduk dunia
2.
Bahan
ini mampu meningkatkan paras tenaga, yang mana mengoptimumkan persembehan
atletik, kapasiti otot dan daya ketahanan. Fakta ini membolehkan anda melakukan
senaman lebih efektif untuk jangka masa panjang
3.
Kafein
mengerah otot menggunakan simpanan lemak dalam badan seperti kereta yang
memerlukan petrol. Cara ia memecahkan lemak adalah dengan meningkatkan metabolism
badan
4.
Individu
yang mengambil kafein bekerja lebih baik berbanding yang tidak
5.
Kafein
meningkatkan paras dopamine dalam otak, menjadikan anda sihat secara optimum
6. Kafein
menghasilkan stimulasi pada otak dan bahagian lain yang lebih penting dalam
system saraf
7. Ia
juga mengandungi antioksidan, yang mana membantu memperbaiki sel rosal
disebabkan sinar UV yang merbahaya
8.Kafein juga dipercayai berkesan mengurangkan
sesetengah penyakit kritikal seperti Alzheimer,Parkinson, jantung, diabetes
mellitus tahap 2, sirosis hati dan gout
9.
Kelebihan
kafein menentang masalah dihydrotesteron (DHT) yang merosakkan akar rambut
sudah terbukti
1 Kafein juga meningkatkan
kesihatan dan kelajuan sperma lelaki
Sumber:
www.setiakombinasi.com
Ulasan
Catat Ulasan